Download al-tabari PDF

Titleal-tabari
File Size127.1 KB
Total Pages9
Table of Contents
                            PENDAHULUAN
LATAR BELAKANG DAN RIWAYAT HIDUP
	PENDIDIKAN
                        
Document Text Contents
Page 3

Nama sebenar beliau ialah Muhammad Ibn Jarir Ibn Yazid Ibn Khalid Ibn Kathir Ibn

Gharib Abu Ja’afar al Tabari. Beliau seorang yang berbangsa Tabaristan dan dikatakan

berasal dari daerah Amol. Imam Ibn Jarir telah dilahirkan di wilayah Tabaristan pada tahun

224H. Ibn Jarir merupakan seorang lelaki yang memiliki wajah yang tampan , berbadan

sederhana tinggi dan memiliki dua biji mata yang hitam. Beliau bersusuk badan yang tegap

serta amat fasih dalam berbicara dan lancar berkata-kata. Prinsip yang sudah lama

diterapkan dalam kehidupan beliau seharian ialah sentiasa menghormati orang lain dan

menyebabkan segenap lapisan masyarakat juga turut menghormatinya.Segala sifat-sifat

yang mahmudah seperti warak, zuhud, taqwa dan mudah senyum membuatkan kebanyakan

masyarakat amat menyenanginya. Ibn Jarir merupakan seorang ulama yang yang sangat

terkenal dan terkemuka dalam banyak cabang lmu pengetahuan.Di dalam ilmu Hadis,beliau

merupakan seorang periwayat hadis yang sahih serta mampu mentarjih hadis berserta

dengan riwayat-riwayat.Selain itu juga, Ibn Jarir juga seorang yang dapat menguasai ilmu

Hadis dengan baik beserta dengan sanad-sanadnya. Bukan itu saja, beliau juga merupakan

seorang yang dapat membezakan antara Hadis sahih dengan tidak sahih serta nasikh dan

mansukh. Perkara ini telah disokong oleh pendapat imam khatib al –Baghdadi yang

mengatakan,di mana Ibn Jarir adalah merupakan pusat peredaran pelbagai ilmu

pengetahuan seperi ilmu tafsir, ilmu fiqh, usul, bahasa arab, ma’ani dan Balaghah, hadith

serta sejarah. Selain itu, Ibn Jarir juga sangat alim dan amat mahir dalam ilmu Qira’at dan

dikatakan telah menulis sebanyak 18 jilid buah kitab yang khusus tentang ilmu

Qira’at.Beliau yang merupakan seorang hafiz mampu untuk menghafal 30 juzuk al-Quran

dengan hanya memakan masa yang pendek, imam besar dan ahli Hadis serta menjadi salah

seorang ahli sejarawan. Dalam cabang bidang ilmu al-Quran, kebanyakan para ulama yang

terkemuka mengatakan bahawa Ibn Jarir merupakan salah seorang yang memiliki

pengetahuan yang luas dan mendalam samada berkaitan dengan sanad dan riwayat Hadith

yang Sahih atau Daif.

RUJUKAN :en.wikipedia.org/wiki/Muhammad_ibn_Jarir_al-Tabari

PENDIDIKAN

3

Similer Documents