Download Antara Keistimewaan Agama Islam Termasuklah PDF

TitleAntara Keistimewaan Agama Islam Termasuklah
File Size136.2 KB
Total Pages5
Document Text Contents
Page 3

memberi erti umran sebagai kawasan tanah yang didiami , tinggal menetap , berkembang subur dan

maju. Hadarah pula ialah satu daerah , kota , bandar , kampung atau tanah yang diusahakan.

Perkataan tamadun pula membawa erti, memiliki ciri-ciri hidup bandar atau bertamadun dari aspek

yang akan diterangkan dalam ciri-ciri tamadun nanti.









ASAS-ASAS TAMADUN ISLAM



Tamadun Islam mempunyai asas-asas yang kukuh yang membolehkannya menjadi satu tamadun

yang hebat di dunia. Asas-asas tersebut ialah:

AKIDAH

Merupakan iman atau kepercayaan kepada Allah S.W.T yang diikat oleh ucapan dua kalimah

syahadah. Akidah merupakan asas tamadun islam yang paling utama sekali. Kekuatan akidah dapat

membantu manusia membezakan antara yang buruk dan yang baik dan dapat membina tamadun

dengan cara yang diredhai.

SYARIAH

Syariah pula merupakan asas Tamadun Islam yang kedua penting selepas akidah. Ia mengandungi

peraturan-peraturan dan undang-undang yang telah ditetapkan oleh Allah S.W.T untuk dipatuhi dan

dilaksanakan oleh manusia. Sifatnya yang muktamad menyebabkan manusia tidak berhak

mengubahnya. Segala masalah yang timbul semasa proses pertamadunan dapat diatasi dengan

adanya syariah.

AKHLAK

Menurut Islam, akhlak bererti meletakkan keimanan kepada Allah dalam bentuk praktis. Segala

perilaku dan perbuatan mestilah berteraskan keimanan untuk membina tamadun yang kukuh dan

disegani.



AGEN PELENGKAP TAMADUN ISLAM

ILMU PENGETAHUAN

Ilmu menurut perspektif Islam hendaklah bermula dari ilmu yang sifatnya rabbani ( ketuhanan ).

Keilmuan mengikut Tamadun Islam merupakan nilai yang tidak terpisah dari Islam. Akidah Islam

tegak di atas keilmuan. Perhatian Islam terhadap kepentingan ilmu jelas di dalam Al-quran. Dalam

surah Al-Alaq, terdapat perkataan Iqra‟ ( bacalah ) dan Qalam ( pena ). Ilmu yang tinggi dapat

menyuburkan daya keimanan dan pemikiran seorang pembina tamadun. Oleh kerana kepentingan

ilmu memberi kebaikan masa hidup dan mati manusia, Islam mewajibkan ke atas setiap muslim

menuntut ilmu pengetahuan (3).

KEKUATAN MATERIAL

Nilai kebendaan juga penting dalam Tamadun Islam kerana Al-quran Sunnah menekankan ibadah

dalam bentuk material seperti menunaikan zakat , jihad mali ( harta ) dan lain-lain. Kekuatan

material dapat membantu dalam pembangunan sains dan teknologi seperti penyediaan teknologi

persenjataan untuk mempertahankan kalimah Allah dan maruah Islam.( 4 )









CIRI- CIRI TAMADUN ISLAM

Ciri-ciri Tamadun Islam amat penting bagi mewujudkan tamadun yang kukuh dan maju. Antara ciri-

ciri Tamadun Islam ialah:



1. Penggunaan tulisan. Membantu mempercepatkan proses penyebaran kebudayaan Islam dan

meningkatkan perkembangan ilmu yang memberi kesan terhadap perubahan dalam semua aspek

Page 4

kehidupan umat.

2. Kemunculan kota atau bandar bagai menampung pertambahan penduduk yang sedia ada dan

yang datang untuk pelbagai aktiviti lain.

3. Wujudnya ketidakseragaman jenis bangsa yang memeluk Islam dan akhirnya turut sama-sama

membentuk sebuah masyarakat Islam yang aktif dan maju.Perbezaan peranan yang dimainkan

mealahirkan pembahagian kerja seterusnya wujudnya suatu bentuk ekonomi bandar.

4. Wujudnya bangunan-bangunan bersejarah yang menjadi keagungan generasi berikutnya seperti

istana-istana , masjid-masjid dan monumen-monumen penting yang lain.

5. Kewujudan negara Islam. Menurut sebahagian penulis antarabangsa, Islam adalah satu ciri

Tamadun Islam yang tidak boleh dipertikaikan kerana sebarang aktiviti orang Islam hanya boleh

dilakukan dengan bebas di dalam negara Islam.







SUMBER-SUMBER TAMADUN ISLAM

AL – QURAN



Al – Quran merupakan sumber yang mengarahkan perjalanan tamadun sepanjang sejarah

perkembangannya. Cara hidup atau kebudayaan semua orang Islam adalah sebahagian besarnya

dipengaruhi oleh ayat-ayat dan idea-idea Al –Quran. Kalau tidak kerana adanya Al –Quran , nescaya

Tamadun Islam tidak wujud di dunia ini. ( 5 )

AL – SUNNAH.

Al – Sunnah membawa maksud apa – apa yang disandarkan kepada Nabi Muhammad s.a.w dari segi

perkataan , perbuatan , persetujuan atau sifat kejadian , akhlak dan sirahnya sebelum dan sesudah

baginda dilantik menjadi rasul. ( 6 ) Peranan Al – Sunnah ialah menjelaskan perkara – perkara yang

tidak dijelaskan dalam Al – Quran dan memberi tafsiran bagaimana untuk melaksanakan apa yang

kurang jelas dalam Al – Quran.

AL - IJTIHAD

Ijtihad merupakan pencurahan daya pemikiran secara bersungguh-sungguh untuk dapat sesuatu

hukum syara‟ mengenai suatu masalah yang tidak terdapat hukumnya secara qat‟I atau secara putus

dari Al – Quran dan AL – Sunnah. Ijtihad adalah asas keempat dalam pembinaan hukum Islam dan

melaluinya hukum baru di sekitar dasar umum yang ditetapkan oleh Al – Quran dan Al – Sunnah

dapat ditetapkan.







TAMADUN ASING

Islam tidak menolak segala hasil tamadun-tamadun asing yang tidak bercanggah dengan nilai-nilai

Islam. Islam bersifat terbuka kepada semua tamadun, ia bersifat mengambil dan memberi. Islam

tidak menentang perkembangan kemajuan tamadun selama ia mendatangkan kebajikan kepada

manusia, tetapi akan menentang tamadun palsu yang membawa kemusnahan. ( 7 )



MATLAMAT TAMADUN ISLAM



Hubungan Manusia dengan Allah



Manusia dapat mengenal Allah melalui rukun iman yang enam dan berhubung dengannya melalui

rukun Islam yang lima. Pelaksanaan rukun Islam yang lima membuktikan ketinggian iman dan daya

kegigihan untuk mematuhi , menyembah dan menyerah diri kepada Allah S.W.T.



Hubungan Manusia Dengan Manusia

Allah S.W.T mengatur cara bagaimana manusia itu berinteraksi di antara satu sama lain dalam

Similer Documents