Download Dokumen Kontrak Dan Pentafsirannya PDF

TitleDokumen Kontrak Dan Pentafsirannya
File Size75.4 KB
Total Pages6
Document Text Contents
Page 2

Rukun Pentafsiran

Mahkamah akan merujuk kepada dokumen kontrak secara keseluruhannya untuk
mentafsir niat pihak-pihak. Oleh itu, adalah penting mengenal pasti perkara-perkara
yang termasuk dalam kontrak dokumen dan membetulkan apa-apa percanggahan
supaya ia mematuhi rukun pentafsiran. Secara am, mahkamah mentafsir kontrak
bertulis secara tafsiran harafiah. Keterangan luaran tidak diterima, kecuali di dalam
keadaan khas untuk menghuraikan istilah teknikal atau kewujudan sesuatu adaptasi
atau kelaziman. Oleh itu perunding professional mesti menentukan sesuatu dokumen
itu sempurna dan cukup kerana mahkamah tidak akan mentafsir niat atau maksud
perunding professional ke dalam dokumen kontrak.

Pihak-pihak berkontrak bebas menetapkan syarat-syarat, tetapi terdapat had-had yang
ditentukan oleh commom law dan statut. Sebagai contoh, syarat-syarat tersirat dapat
meringankan kesan sesuatu perjanjian atau sesuatu pihak boleh mendapat relief
kerana salah nyata oleh yang satu lagi. Selain dari had-had di atas mahkamah akan
berusaha supaya kontrak dilaksanakan mengikut syarat-syarat yang telah dipersutujui.

Jika terdapat syarat-syarat yang tidak adil atau menjadi tidak adil, mahkamah tiada
kuasa untuk merubah syarat-syarat perjanjian tersebut. Maka, jika kontraktor telah
memasuki kontrak untuk melaksanakan kerja pada harga yang merugikannya, dia mesti
melangsungkan juga kerja tersebut; jika dia enggan atau gagal, dia terpaksa membayar
ganti rugi kerana pelangggaran kontrak.

Artikel Perjanjian

Artikel perjanjian mengandungi elemen asas sesuatu kontrak. Ia mengandungi nama
pihak-pihak dalam kontrak, iaitu majikan dan kontraktor; nama dan fungsi arkitek,
jurutera dan juruukur bahan seperti yang dihuraikan dalam syarat-syarat Kontrak; butir-
butir lokasi dan ruang lingkup kerja-kerja berpandukan lukisan-lukisan kontrak dan
dokumen-dokumen lain; persetujuan nyata bahawa kontraktor akan melaksanakan dan
harga kontrak atau apa-apa jumlah yang perlu dibayar mengikut syarat kontrak.

Syarat-Syarat Kontrak dan Lampiran

Syarat-syarat kontrak terdiri dari fasal-fasal yang terkandung di dalam borang-borang
perjanjian. Syarat-syarat kontrak menghurakan kewajipan dan hak pihak-pihak
berkontrak, fungsi perunding professional serta orang-orang lain yang berkaitan dengan
kontrak, dan prosedur bagi pengurusan kontrak. Peruntukan-peruntukan utama yang
terdapat adalah seperti: dokumen-dokumen yang menjadi sebahagian kontrak, pihak-
pihak yang berkaitan dan kuasa mereka, kerja yang perlukan sub-kontraktor
dinamakan, tempoh penyiapan, perubahan kerja, pembayaran, tuntutan kewangan dan
masa, penamatan dan penyelesaian pertikaian.

Page 4

kerja terukur disusun mengikut kerja tukang, seksyen kerja atau elemen-elemen
sesuatu bangunan. Semasa menender, kontraktor-kontraktor perlu mengisi kadar
harga pada kuantiti kerja-kerja terukur tersebut.

Dalam kontrak binaan, pengukuran dilakukan oleh juruukur bahan sama ada
sebelum kerja binaan bermula, adri lukisan-lukisan yang disediakan oleh arkitek
dan jurutera, atau semasa perlaksanaan kerja dan selepas penyiapan kerja.

Dalam syarat-syarat borang standard untuk kerja bangunan (seperti siri PAM dan
JKR), senarai bahan disediakan mengikut Kaedah Standard dan disifatkan
sebagai pernyataan tepat kuantiti dan kualiti kerja kontrak. Dengan demikian,
apa-apa kesilapan di dalam huraian atau kuantiti hendaklah diperbetulkan dan
ianya disifatkan sebagai perubahan, dan ia memberi hak kepada kontraktor
untuk menuntut kos tambahan.

Ini berbeza dengan pendekatan dalam syarat-syarat borang standard untuk kerja
kejuruteraan sivil (seperti FIDIC atau ICE), di mana kuantiti yang terdapat dalam
senarai bahan bukanlah suatu yang tepat atau sebenar, dan pengukuran semula
adalah perlu untuk menentukan kuantiti yang sebenar.

Wang Kos Prima, Wang Peruntukan dan Wang Luar Jangkaan

Wang kos prima adalah anggaran jumlah pukal yang dimasukkan ke dalam senarai
bahan untuk kerja-kerja yang akan dilaksanakan oleh subkontraktor dinamakan atau
untuk bahan-bahan yang dibekal oleh pembekal dinamakan. Kontraktor hanya perlu
mengisi jumlah bagi layanan dan peratusan keuntungan. Bila sampai peringkat akaun
akhir, wang kos prima ini akan diselaraskan dengan harga sebenar bagi kerja-kerja
subkontrak yang dilaksanakan

Layanan adalah kemudahan dan keperluan yang disediakan oleh kontraktor buat
penggunaan subkontraktor dinamakan. Layanan am adalah kemudahan-kemudahan
yang telah tersedia ada. Layanan khas adalah kemudahan-kemudahan tertentu yang
diperlukan oleh subkontraktor yang luar dari keperluan am kontraktor.

Wang peruntukan adalah jumlah sementara yang dimasukkan ke dalam senarai bahan
untuk kerja-kerja yang tidak dapat ditetapkan di waktu menender. Keuntungan
kontraktor tidak dimasukkan ke jumlah tersebut. Kerja-kerja yang diarahkan oleh
arkitek/penyelia mungkin adalah untuk kerja kontraktor, subkontraktor dinamakan atau
pembekal dinamakan. Pada peringkat akuan akhir, jumlah sementara dikeluarkan dan
digantikan dengan jumlah kerja sebenar.

Wang luar jangkaan adalah peruntukan yang dimasukkan ke dalam senarai bahan
sebagai perbelanjaan bagi kerja-kerja yang di luar jangkaan atau tidak ternampak
semasa penyediaan dokumen tender, walaupun telah disediakan dengan teliti. Jika
kerja-kerja tersebut tidak diperlukn, amaun ini ditolak dari harga kontrak dan merupakan
suatu penjimatan kepada majikan.

Page 5

Lukisan-Lukisan Kontrak

Lukisan-lukisan kontrak adalah sebahgian dari dokumen kontrak. Ia terdiri dari lukisan-
lukisan yang dirujuk semasa penyediaan senarai bahan atau sebagai penentuan skop
kerja bagi kontrak tanpa mengguna senarai bahan dan adalah terdiri dari lukisan tender
yang asal.

Terdapat juga lukisan-lukisan yang diberi kemudiannya yang bertujuan memberi butir-
butir atau huraian lanjutan bagi membolehkan kontraktor melaksanakan kerja.
Kontraktor hendaklah memberi notis dengan memadai tentang keperluan mendapatkan
lukisan dan butir-butir tersebut. Kontraktor mungkin mendapati lukisan lanjutan atau
terperinci ini sangat berbeza dari apa yang dijangkakan dan ini boleh manjadi alasan
baginya membuat tuntutan di bawah perubahan kerja.

Ringkasan Kandungan Dokumen Kontrak

Secara am dokumen mengandungi bahagian-bahagian berikut:

A. Arahan Kepada
Penender:

Maklumat dan arahan bagi penender

B. Borang Tender: Kontraktor mengisi harga tawaran dan
tempoh pembinaan.

C. Syarat-Syarat Membuat
Tender:

Perkara-perkara yang perlu dipatuhi oleh
penender semasa menender.

D. Surat Setuju Terima: Dikeluarkan kepada kontraktor yang berjaya,
menandakan penerimaan tawaran oleh
Majikan.

E. Artikel Perjanjian,
Syarat-Syarat Kontrak
dan Lampiran:

Perjanjian kontrak antara majikan dan
kontraktor. Dokumen yang menerangkan hak
dan obligasi pihak-pihak serta asas
pengurusan kontrak.

F. Spesifikasi: Penerangan tahap kualiti bahan dan mutu
kerja.

G. Keperluan Permulaan: Kontraktor menghargakan secara jumlah
pukal bagi item-item dalam bahgian ini.

H. Senarai Bahan: Kerja-kerja terukur yang disediakan mengikut
Kaedah Pengukuran Setara. Kontraktor
memasukkan kadar harga dan pengiraan

Similer Documents