Download Koleksi Iktibar Dan Pengajaran PDF

TitleKoleksi Iktibar Dan Pengajaran
File Size141.7 KB
Total Pages13
Document Text Contents
Page 1

KOLEKSI IKTIBAR DAN PENGAJARAN UNTUK SOALAN MEMINTA
PENDAPAT CALON.

SUKATAN PELAJARAN TINGKATAN 4

BAB 1 : KEMUNCULAN TAMADUN AWAL MANUSIA

Contoh soalan: Pada pendapat anda, apakah yang perlu dilakukan oleh seseorang
pemimpin untuk membawa kemajuan kepada masyarakat ?

- Setiap tamadun berkembang daripada perkampungan menjadi negara kota.
- Di kota-kota itu telah berlaku perkembangan kegiatan ekonomi yang pesat

dan juga pertumbuhan penduduk.
- Kepelbagaian ekonomi telah membawa kepada pengkhususan kerja

dan juga keperluan infrastruktur seperti jalan dan kawalan undang-undang.

- Setiap tamadun awal itu adalah unik dan istimewa.

- Contohnya tamadun Mesopotamia memperlihatkan usaha manusia untuk hidup lebih
aman melalui pengenalan Undang-undang Hammurabi.

- Tamadun Mesir Purba pula dengan keajaiban seni binanya
- Tamadun Indus dengan keunikan sistem perancangan bandarnya.
- Tamadun Hwang Ho, kecekalan para pemerintah dan masyarakatnya mengawal aliran

Hwang Ho agar tidak memudaratkan kegiatan pertanian mereka

- Hikmah dan faedah ini hanya akan dapat dihasilkan sekiranya manusia bersikap cekal
dan bertindak secara inovatif. Sifat dan sikap begini masih tetap relevan pada zaman
moden untuk membina tamadun masa kini.

BAB 2 : PENINGKATAN TAMADUN

Contoh soalan: Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, bagaimanakah sesebuah negara
boleh mencapai kemajuan?

- Peningkatan dalam tamadun menggambarkan bahawa manusia sentiasa bersikap
inovatif dan sentiasa berusaha membaiki dan meningkatkan kehidupan yang sedia ada.

- Kesemua ini berlaku kerana wujudnya peluang yang berbentuk keamanan negara,
sistem pemerintahan yang kuat dan adil seperti pemerintahan demokrasi dan
republik,

- serta adanya pemerintah yang berwibawa dan kuat seperti Augustus Caesar,
Alexander the Great, Chandragupta Maurya, Asoka dan Shih Huang Ti.

Kita kini tahu bahawa hasil daripada pembangunan pengetahuan baik daripada segi
keagamaan, falsafah ataupun sains dan teknologi, begitu banyak perubahan telah berlaku
dari masa ke masa.

Page 2

- Pada hari ini kita melihat sendiri bagaimana dengan peluang yang ada, kita berupaya
untuk meningkatkan tamadun yang telah kita bina selama ini untuk mencapai
kehidupan yang lebih baik sama ada dari aspek politik, ekonomi ataupun sosial.

- Satu pengajaran yang dapat diteladani daripada tamadun awal ini ialah keperluan
mempunyai kebolehan menjangka perubahan yang akan berlaku seperti yang
terdapat pada masyarakat zaman dahulu.

- Dunia kian berubah kerana ilmu kian bertambah dan teknologi terus bercambah dan
buktinya telah dapat kita lihat.

- Oleh itu, kita patut terus meningkatkan pemikiran dan kemahiran kita dengan cara
menambahkan ilmu yang ada atau meneroka bidang baru untuk
mempertingkatkan tamadun kita. Hal ini penting supaya pencapaian kita pada hari ini
dapat diwarisi atau dinikmati dan dibanggai oleh generasi akan datang.

BAB 3 : TAMADUN AWAL ASIA TENGGARA

Contoh soalan: Pada pandangan anda, bagaimanakah sesebuah masyarakat boleh muncul
sebagai masyarakat yang maju?

- Dengan kecekalan, masyarakat kerajaan pertanian (agraria) akhirnya telah dapat
berkembang serta membentuk sebuah kerajaan yang berdikari dan mempunyai sistem
pentadbiran yang teratur.

- Mereka juga telah berusaha untuk menguasai alam sekitar seperti membina sistem
dapat membaiki taraf hidup dan seterusnya berjaya membina rumah ibadat yang
terkenal.

- Jadi, kita boleh mengambil iktibar bahawa kita juga boleh maju sekiranya mampu
memanfaatkan setiap kurnian Tuhan dengan sebaik-baik mungkin dan yang penting
kita perlu berusaha dan jangan mudah berputus asa.

- Kita tidak seharusnya hanya berbangga mempunyai keturunan yang mahir dan berani
melayari lautan luas beberapa abad lalu atau mempunyai bahan tinggalan sejarah yang
boleh dilihat di muzium.

- Yang lebih penting daripada itu ialah generasi sekarang seharusnya mempunyai
semangat meneroka. Tradisi pelaut itu harus dihayati agar aktiviti ekonomi kita pada
zaman moden ini dapat dipelbagaikan.

- Generasi muda harus berani menceburi bidang perdagangan laut malah bercita-cita
menghidupkan kembali kegiatan dan kegemilangan lampau dalam bidang
pelayaran dan perdagangan maritim.

- Kedudukan negara kita yang strategik di perairan Nusantara yang menjadi laluan
perdagangan antarabangsa tetap kekal hingga ke hari ini. Jadi, amatlah bersesuaian
kerajaan sekarang memanfaatkan keadaan ini.

Page 6

BAB 7 : ISLAM DI ASIA TENGGARA

- Penyebaran Islam secara aman ke Asia tenggara merupakan pengajaran sejarah yang
besar ertinya bagi rantau i ni dan dunia seluruhnya. Hal ini mengingatkan kita kepada
seruan Nabi Muhammad s.a.w. agar dakwah Islamiah dilakukan dengan bijaksana.

- Selain itu, sikap terbuka dan tanpa prejudis masyarakat tempatan terhadap Islam
membolehkan Islam tersebar dengan aman tanpa konflik atau peperangan.

- Lembaran sejarah ini tentu juga merangsang kesedaran dalam jiwa anak bangsa Malaysia
tentang usaha masyarakat negara kita dan kawasan sekitarnya memartabatkan ilmu
pengetahuan.

- Kegiatan keilmuan seperti penulisan dan penterjemahan karya telah dilakukan oleh
semua pihak termasuk golongan pembesar, ulama dan orang awam..

- Sifat keprihatinan terhadap ilmu pengetahuan dan kerjasama semua golongan
masyarakat untuk membangunkan khazanah ilmu menyebabkan terbinanya pusat
pengajian dan terhasilnya karya.

- Oleh itu, jelaslah bahawa tradisi ilmu atau sikap mementingkan ilmu pengetahuan
memang telah berakar umbi dalam kehidupan masyarakat negara kita sejak dahulu lagi.

BAB 8 : PEMBAHARUAN DAN PENGARUH ISLAM DI MALAYSIA SEBELUM
KEDATANGAN BARAT.

- Penyerapan pengaruh Islam dalam kehidupan masyarakat Melayu sangat besar dan hal ini
dapat dilihat dalam seluruh institusi yang wujud dalam kehidupan mereka sama ada
politik, ekonomi dan sosial.

- Undang-undang yang digunakan oleh negeri-negeri Melayu mempunyai asas syariah
yang kuat, pentadbiran dan pemerintahan Islam dijalankan dengan sebaik mungkin
sementara sultan pula berdiri sebagai tunjang kekuatan kerajaan dan agama.

- Dalam bidang sosial pula seluruhnya dipengaruhi oleh Islam sama ada pendidikan,
bahasa dan kesusasteraan, kesenian dll.

- Hal yang sama juga berlaku dari sudut ekonomi apabila elemen-elemen ekonomi Islam
diperkenalkan dan diamalkan termasuklah pengharaman terhadap riba dan sebagainya.

- Islam telah membawa semangat nasionalisme dan intelektualisme yang sangat besar
bukan sahaja dalam kalangan masyarakat atasan malah dalam kalangan rakyat juga.

Page 7

BAB 9 : PERKEMBANGAN DI EROPAH

- Daripada keseluruhan bab ini kita telah dapat melihat dengan jelas bagaimana orang dan
kuasa Barat dengan semangat inkuiri, sifat kepercayaan diri, keghairahan
menjelajah, idea yang imaginatif, kegiatan yang inovatif, kegigihan dalam
keusahawanan serta komitmen yang tinggi telah berjaya membawa masyarakat Eropah
keluar dari zaman gelapnya.

- Pihak berkuasa negara dan rakyat telah secara bersama dan berterusan melanjutkan
agenda mereka demi mencapai objektif masyarakat dan negara. Golongan rakyat yang
terbabit termasuklah para pelaut, pengembara, intelektual, seniman, saintis, pereka,
pemodal, usahawan, petani dan pekerja.

- Setelah bersama-sama mengatasi Zaman Gelap, merentasi dekad Renaissance, melalui
era penjelajahan, mencapai kemajuan ilmu, mengendalikan perkembangan Revolusi
Pertanian dan Revolusi Perindustrian, mereka telah melonjakkan negara-negara Eropah
menjadi kuasa imperialis.

- Berabad lamanya dunia Barat mendominasi sebahagian besar dunia moden. Dengan itu,
mereka bukan hanya telah membawa perubahan besar kepada masyarakat mereka sendiri,
tetapi telah juga mengeksport perubahan tersebut ke seberang laut. Tanda-tanda atau
kesan daripada semua itu kita dapat lihat di mana-mana hingga ke hari ini.

- Pada suatu masa dahulu Lautan Atlantik yang luas dan tidak diteroka merupakan
halangan kepada kegiatan pelayaran dan pengembaraan orang Eropah. Namun, setelah
diterokai, lautan tersebut telah bertukar menjadi laluan atau jambatan bagi jalan pelayaran
mereka ke dunia luar.

- Pada suatu masa dahulu mereka meminjam ilmu daripada dunia Islam dan tertinggal
dalam beraneka lapangan, tetapi setelah menguasai pelbagai ilmu, mereka pula telah
meninggalkan golongan lain.

- Dengan ilmu, bangsa Eropah bukan sahaja telah meneroka lautan luas dan daratan
yang terbentang tetapi juga angkasa raya, akhirnya.

BAB 10 : DASAR BRITISH DAN KESANNYA TERHADAP EKONOMI NEGARA.

- Sesuatu masyarakat harus sentiasa bersedia mengumpul modal, menguasai teknologi,
berpengetahuan, bertindak proaktif dan mempunyai perancangan ekonomi jangka
panjang yang jelas.

- Penguasaan semua aspek ini akan membolehkan ekonomi sesebuah negara terus
maju,makmur dan mempunyai daya saing yang tinggi apabila berhadapan dengan
pelbagai cabaran di peringkat global. Golongan pemodal tidak boleh mengambil jalan
mudah dan terus berpuas hati dengan pencapaian sedia ada.

- Kemajuan dan kemakmuran Tanah Melayu telah berjaya menarik minat imigran untuk
datang ke sini dan keadaan ini berterusan hingga kini. Kita seharusnya berbangga

Similer Documents