Download Rahsia Buit Duit Dengan Dropship PDF

TitleRahsia Buit Duit Dengan Dropship
File Size316.8 KB
Total Pages16
Document Text Contents
Page 2

Ordentlich Pomade Business Partnership Program

2

Mukaddimah

Bisnes online. Bisnes online adalah satu bisnes yang sedang diminati

oleh banyak usahawan pada ketika ini. Pelbagai cara dan sistem telah

pun diciptakan untuk membawa idea kreatif dalam berbisnes secara

online.

Salah satu istilah sistem yang telah diwujudkan adalah Sistem Dropship.

Sistem ini merupakan sistem yang sangat mudah untuk dijalankan oleh

semua usahawan dan golongan-golongan yang baru berjinak-jinak

dengan dunia bisnes online.

Mari kita lihat dengan lebih jelas berkenaan Sistem Dropship ini.

1. APA ITU DROPSHIP?

Satu kaedah perniagaan runcit. Peniaga yang dipanggil sebagai

ejen dropship tidak perlu menyimpan stok produk.

Sebaliknya, ejen dropship akan mengambil pesanan daripada

pelanggan dan kemudian membuat pembayaran dan pesanan

kepada pembekal (pemborong atau HQ).

Pihak pembekal seterusnya akan menguruskan proses

pembungkusan dan penghantaran kepada pelanggan ejen

dropship itu.

Dalam sistem ini, ejen dropship tidak pernah terlibat secara

langsung dalam urusan pengendalian produk itu sendiri. Bahasa

mudah, ejen dropship hanya buat iklan, ambil bayaran serta

Page 8

Ordentlich Pomade Business Partnership Program

8

b. Tahap Persaingan

Mengenali pesaing di pasaran adalah langkah yang penting

sebelum bakal peniaga menentukan business model yang

hendak di pasarkan.

Sekiranya terlalu ramai pesaing terutama yang berbisnes

secara online akan menyukarkan anda dalam usaha

membangunkan bisnes dropship. Lebih-lebih lagi pesaing anda

mempunyai strategi, ilmu dan pengalaman dalam bisnes yang

sama.

Namun, lain bisnes lain gayanya. Sekiranya anda mempunyai

pesaing yang ramai tetapi anda mempunyai NICHE yang unik,

pastinya anda akan dapat menandingi pesaing-pesaing anda

dengan sangat cepat.

c. Harga Produk

Harga produk yang ditawarkan seharusnya setimpal dengan

tahap perkhidmatan pembelian yang anda tawarkan.

Bergantung kepada pembekal. Ada produk yang telah

ditetapkan harganya dan anda hanya mengambil komisyen

daripada harga produk tersebut sahaja.

Ada juga produk yang boleh ejen dropship ‘mark-up’ untuk

mendapat keuntungan lebih. Namun bagaimana pun, cara

pemberian harga itu biasanya telah ditetapkan oleh pembekal

masing-masing.

Page 9

Ordentlich Pomade Business Partnership Program

9

d. Berat Produk

Dalam dunia bisnes di mana penghantaran PERCUMA adalah

selalunya dijangka dan diharapkan oleh pelanggan. Menjadi

sesuatu yang mencabar sekiranya kita menjual produk yang

berat. Ini kerana kos penghantarannya pasti menjadi semakin

mahal. Maka, pilihlah produk yang ringan kerana semakin

ringan produk tersebut semakin mudah dan murah kos

penghantarannya yang perlu kita bayar.

e. Trend Semasa

Adakah kadar turn-over rendah? Bagi peniaga yang

menggunakan blog atau pun website sebagai platform bisnes

dropship, faedahnya mungkin jauh lebih berbaloi

memandangkan sistemnya yang lebih teratur dan canggih.

Namun sekiranya produk yang anda jual kerap berubah-ubah

modelnya, maka kerja-kerja mengemaskini website atau blog

akan menjadi sesuatu yang membebankan.

Maka, anda disarankan mencari produk yang tidak terlalu

kerap berubah fesyen atau pun modelnya.

f. Produk Yang Sukar Didapati Di Kedai Biasa

Antara faktor yang menyebabkan sesuatu bisnes dropship itu

berkembang dengan cepat adalah kerana KEBOLEHDAPATAN.

Iaitu sukar untuk didapati di kedai biasa.

Menjual produk yang jarang berada di kedai-kedai biasa adalah

satu peluang kepada ejen-ejen dropship seperti anda untuk

mendapat jualan dengan pantas.

Page 16

Ordentlich Pomade Business Partnership Program

16

-sekian-

Similer Documents