Download Siri Bercakap Dengan Jin Vol 1 - 92 PDF

TitleSiri Bercakap Dengan Jin Vol 1 - 92
File Size32.4 MB
Total Pages1773
Document Text Contents
Page 1

BERCAKAP DENGAN JIN (JILID 1) - Cetakan Kelima (1997)

01. Bercakap dengan Jin
02. Bertemu Dengan Penunggu Babi Hutan
03. Tidur Di Rumah Bunian
04. Kereta Datuk Tersadai Ditepi Jalan
05. Berjaga Dihujung Jambatan
06. Melihat Jembalang Air
07. Terkencing Dalam Seluar
08. Manusia Berkepala Anjing
09. Panjat Bilik Anak Dara
10. Mencari Harta Karun
11. Menunggang Harimau Ditengah Malam
12. Toyol Jadi-jadian
13. Penunggu Hutan Hulu Kinta
14. Bersuamikan Hantu Raya
15. Dikejar Mayat
16. Kain Dalam Perut Gadis
17. Bertarung Dengan Bomoh Orang Asli
18. Diganggu Lembaga Hitam
19. Diresap Semangat Monyet
20. Memburu Raja Pukau
21. Berguru Dengan Syaitan
22. Penunggu Rumah Tok Kaya Sendi Diraja
23. Roh Bayi Mencari Ibu
24. Puaka Tiang Seri

BERCAKAP DENGAN JIN (JILID 2) - Cetakan Kelima (1997)
25. Sumpah Nasi Tangas
26. Isterinya Jadi Kelip-Kelip
27. Manusia Tanpa Kepala
28. Kubur Berasap
29. Dikacau Penunggu Kolam
30. Ilmu Raja Kelawar
31. Rumah Misteri
32. Bomoh Hujan Kena Uji
33. Muntahkan Ulat Dan Paku Karat
34. Berjanji Dengan Syaitan
35. Mengusung Iblis Tengah Malam
36. Pukau Ular Tedung
37. Terkena Badi Belibis
38. Suara Azan Dalam Kolam
39. Dendam Orang Sabar
40. Pemuda Menjerit Malam
41. Berkasih Dengan Langsuir
42. Sepasang Tangan Berbulu
43. Buaya Jadi-Jadian
44. Skandal Pawang Buaya
45. Badan Pawang Berasap
46. Berjalan Atas Angin

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

Page 1 of 1773

Page 2

47. Syaitan Datang Menguji
48. Bertemu Ibu Santau

BERCAKAP DENGAN JIN (JILID 3) - Cetakan Kelima (1997)
49. Rahsia Sebuah Kolam
50. Manusia Harimau
51. Rahsia Seorang Sahabat
52. Sebilah Keris Aneh
53. Ghaib Dalam Bas
54. Penunggu Rotan Semambu
55. Mamat Bukit Yang Gagah
56. Bomoh Terjun
57. Sumpah Selendang Merah
58. Ilmu Papan Sekeping
59. Kelawar Pontianak
60. Lumpuh Di Kaki

BERCAKAP DENGAN JIN (JILID 4) - Cetakan Pertama (1987)
61.Tulang Jari Di Daun Keladi
62.Puja Kubur
63.Nisan Berdarah
64.Orang Berjubah Hitam
65.Darah Dalam Mulut Gadis
66.Pendekar Terbang
67.Pelihara Ulat Tokak
68.Puja Lidah Anak Dara
69.Ilmu Kaum Kubu
70. Bantal Peluk Berjalan Malam
71.Diburu Manusia Iblis
72.Ditelan Pasir

BERCAKAP DENGAN JIN (JILID 6) - Cetakan Keempat (1997)
85. Katak ganjil
86.Lidah Keluar
87.Tongkat Bertukar Kepala Ular
88.Mayat Berdiri
89.Cawan Bergerak Sendiri
90.Ilmu Pukau Kucing
91.Cahaya Di Lantai
92.Bomoh Tua Bawa Bencana
93.Masih Dalam Ujian
94.Penjaga Ayam Hutan
95.Dikunjung Gadis Waktu Malam
96.Harimau Disangka Kucing

BERCAKAP DENGAN JIN (JILID 7) - Cetakan Pertama (1990)
97. Udin Tarzan Yang Tewas
98. Tubuh Terapung Di Udara
99. Kaki Berbulu
100. Orang Tua Misteri
101. Muncul Dan Hilang Sekelip Mata

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

Page 2 of 1773

Page 886

tua berkeliaran dengan keadaan kakinya yang pincang. Itulah harimau yang

di wariskan dari ayah ke anak atau cucu”, saya amat puas hati dengan

keterangan yang diberikan oleh Mahyuddin itu.

Lepas itu, saya tidak lagi mengajukan apa apa pertanyaan pada Mahyuddin,

malah memisahkan diri darinya. Saya lebih senang berjalan bersaingan

dengan Dumba di belakang. Biarlah datuk dengan Mahyuddin di hadapan.

Akhirnya, kami sampai ke tempat asal. Dumba berpisah dengan kami. Dia

menuju ke kedainya. Saya, datuk dan Mahyuddin terus menuju ke masjid.

Kami menunaikan sembahyang Asar, kemudian baru mengqada sembahyang Zohor

yang tertinggal.

"Mari kerumah saya”, bisik Mahyuddin pada datuk setelah menunaikan kerja

yang wajib. Datuk terdiam, matanya merenung ke arah saya yang duduk

bersandar di dinding masjid.

"Apa halnya? Dah petang begini saya malas nak bergerak ke mana mana,

niat hati tu nak balik saja ke kampung”, balas datuk.

"Ada hal yang mahu saya bincangkan dengan awak?"

"Bincang apa? Awak dengan Dumba sudah elok."

"Ada hal lain, marilah."

Datuk termenung panjang, macam memikirkan sesuatu. Perasaannya berbalah

sama sendiri, sama ada dia mahu menunaikan permintaan Mahyuddin atau

tidak. Datuk terus melangkah menuju ke pintu masjid dengan diikuti oleh

Mahyuddin. Mereka berhenti di situ, merenung ke halaman masjid yang

lapang. Mereka tidak bercakap walau sepatah apa pun.

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

Page 886 of 1773

Page 887

Akhirnya, datuk dan saya serta Mahyuddin berdiri di halaman masjid. Saya

terasa lapang kerana angin petang yang bertiup waktu itu memberikan rasa

segar pada diri saya.

"Macam mana? Boleh pergi ke rumah saya?"

"Boleh”, balas datuk.

Saya lihat wajah Mahyuddin cukup riang. Dia terus menepuk nepuk bahu

datuk beberapa kali. Kemudian dia jadi kepala jalan membawa kami ke

rumahnya.

Bila saya dan datuk masuk ke rumahnya, saya dapati sudah ada hidangan

ringan untuk makan petang tersedia di ruang tengah. Siapakah yang

menyediakan semuanya itu? Apakah hidangan itu dihantar oleh harimau

peliharaan Mahyuddin? Timbul pertanyaan dalam hati saya. Saya terus

duduk bersila menghadapi hidangan yang tersedia.

"Minumlah”, pelawa Mahyuddin. Datuk anggukkan kepala tanpa menyentuh

cawan yang diisi dengan air teh panas. Bila datuk enggan meminum teh

yang tersedia, Mahyuddin terus bertindak dengan meminumnya terlebih

dahulu dan Mahyuddin yakin dengan perbuatannya itu akan menyakinkan hati

datuk bahawa air teh yang tersedia tidak mengandungi racun.

"Kita tahu air teh ini bersih. Jangan ragu dengan kejujuran saya, tapi

saya tidak berapa gemar minum teh sebelah petang”, kata datuk.

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

Page 887 of 1773

Page 1772

bomoh tua disambutnya dengan satu tepisan yang kencang. Bomoh tua jatuh

terkangkang atas tanah.

“Bunuh saja tuk. Bila dah mati mayatnya kita buangkan ke sungai,” secara

tidak disengajakan kata kata itu terungkap dari mulut saya. Bomoh tua

yang kesakitan renung muka saya.

“Kamu jangan biadab Tamar,” sergah datuk.

“Saya tak sengaja tuk.”

“Jaga mulut, jangan celupar sangat.”

“Maafkan saya tuk.”

“Sudahlah, bukan keturunan kita jadi pembunuh. Sikap kita berbaik dengan

semua orang.”

Bomoh tua bangun, hulur tangan pada datuk. Dengan wajah yang tenang dan

damai datuk menyambut huluran tangan itu.

“Kita sesama hamba Allah. Buat apa kita bermusuhan,” suara bomoh tua

merendah.

“Saya sependapat dengan awak.”

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

Page 1772 of 1773

Page 1773

“Kalau awak dah sependapat dengan saya, awak kenalah menghormati saya

dan menunaikan permintaan saya.”

“Apakah ini satu syarat?” tanya datuk sambil menatap biji mata bomoh

tua. Saya lihat bomoh tua seperti terkejut mendengar pertanyaan dari

datuk. Bomoh tua menggaru hujung kening kanannya.

“Terpulanglah pada kamu sendiri. Kalau kamu memikirkan itu sebagai

syarat, dia akan menjadi syarat. Kalau kamu fikirkan itu bukan syarat,

dia tidak jadi syarat,” penjelasan dari bomoh tua berbelit belit dan

berteka teki serta mempunyai maksud yang tertentu.

Datuk kerutkan dahi. Dia perlu berhati hati membalas kata kata bomoh

tua. Silap jawab diri akan terperangkap.

“Saya tidak menganggap itu syarat tetapi apa yang awak minta pada saya

itu juga yang saya minta pada awak,” balas datuk.

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

Page 1773 of 1773

Similer Documents